Satu lagi iklan raya promosi judi tular hari ini

0
2662
Antara babak dalam iklan hari raya itu yang mempromosikan aktiviti perjudian

CYBERJAYA – Selepas seluruh negara dikejutkan dengan iklan raya mempromosikan judi dalam talian kelmarin, umat Islam hari ini sekali lagi tersentak apabila sebuah lagi iklan yang hampir sama daripada syarikat perjudian lain pula tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian oleh warga maya, iklan baharu berdurasi 3 minit dan 16 saat itu memaparkan dua pasangan sedang melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat pasangan pelakon dipercayai Muslim dengan imej lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka.

Selain itu, iklan tersebut turut memperlihatkan suasana Aidilfitri dengan menghias rumah dengan lampu berkelipan dan memberikan duit raya.

Menerusi video tersebut turut diselitkan promosi syarikat perjudian tersebut termasuk nama syarikatnya.

“Aku pun mahu juga IPC003, manalah tahu berjaya, hari raya kita kaya. Bersama kita raikan bila ada kemenangan IPC003. Hari raya bahagia,”antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berkenaan.

Antara babak dalam iklan hari raya itu yang mempromosikan aktiviti judi

Penularan video tersebut sekali lagi membangkitkan kemarahan umat Islam selepas satu video berdurasi 2 minit 1 saat yang mempromosikan aktiviti perjudian tular sejak semalam.

Iklan hari raya mempromosikan perjudian yang tular sejak kelmarin sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai

Rentetan daripada itu, pihak berkuasa mula membuka kertas siasatan dan telah menangkap lapan orang termasuk pelakon, ejen artis, jurukamera, penerbit serta pengarah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here