Sekurang-kurangnya 44 orang maut dalam tragedi ziarah di Israel

0
1235
Puluhan ribu penganut Yahudi menghadiri Festival Lag Ba’omer semalam

MERON – Sekurang-kurangnya 44 orang maut dan lebih 103 cedera akibat dipijak dalam kejadian rempuhan ketika menghadiri Festival Lag Ba’omer di sebuah makam ziarah Yahudi di utara Israel hari ini.

Dalam kejadian itu lebih 40 orang berada dalam keadaan kritikal.

Menurut pasukan penyelamat Magen David Adom dalam laman Twitter, sebanyak enam helikopter dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.

Dalam pada itu menurut media tempatan, upacara itu yang pertama dianjurkan sejak wabak Covid-19 melanda.

Menurut Jerusalem Post, tragedi itu berlaku ketika pengunjung festival itu berasak-asak untuk memasuki kompleks makam tersebut.

“Situasi tidak terkawal itu menyebabkan ada pengunjung yang ditolak dan terperangkap di dinding tembok,” kata Ketua Pegawai Eksekutif United Hatzalah, Eli Pollack.

Pollack berkata, ketika ini pihak penyelamat dan kecemasan berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.

Pihak berkuasa membenarkan 10,000 orang untuk berkumpul di lokasi makam itu tetapi penganjur berkata lebih 650 bas disewa dari seluruh negara yang membawa 30,000 orang ke Meron.

Sambutan festival tahunan itu ditutup pada tahun lalu akibat Covid-19. Pihak polis menjangkakan lebih 100,000 pengunjung akan menghadiri festival tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here