Seluruh Kelantan kini diletakkan di bawah PKP

0
234
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Seluruh Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) selepas tiga lagi jajahan di negeri itu iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang melaporkan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkat, PKP itu akan berkuat kuasa bermula esok sehingga 29 April ini.

“Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga jajahan ini telah bertukar kepada zon merah.

“Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 April lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tujuh daripada 10 jajahan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Ia berkuat kuasa pada 16 April hingga 29 April ini.

Ini berikutan pertambahan kes Covid-19 di seluruh negeri itu dan beberapa kluster baharu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here