Semua pelakon terlibat dalam iklan raya promosi judi diberkas polis

0
4698
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Polis telah memberkas semua pelakon yang terlibat dalam sebuah iklan raya yang mempromosikan judi dalam talian sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara hari ini.

“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.

“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online)

“Esok kita akan reman mereka,” katanya kepada memetik laporan MalaysiaGazette.
semalam.

Mohamad Zainal menambah, mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi.

Katanya, esok Majistret Kuala Lumpur  akan datang ke IPD untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan ke atas mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here