Serpihan dipercayai milik kapal selam KRI Naggala ditemukan

0
1042
Gambar tidak bertarikh menunjukkan KRI Nanggala

BALI – Beberapa serpihan berasal daripada  sebuah kapal selam yang hilang bersama  53 kru ditemukan di perairan Bali sebentar tadi.

Turut ditemui termasuk komponen dan barangan di dalam kapal selam tersebut, KRI Nanggala 402.

“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Laut,  Yudo Margono kepada pemberita.

Kapal selam KRI Nanggala 402  buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam pada minggu ini.

Bagaimanapun, kapal selam tersebut terputus hubungan tidak lama kemudian.

Sejak kehilangan kapal selam itu tiga hari lalu usaha untuk mencarinya menemui jalan buntu.

Lebih membimbangkan apabila bekalan oksigen daripada kapal selam itu hanya mampu bertahan sehingga pukul 3 pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here