Serpihan KRI Nanggala ditemukan, semua anak kapal disahkan terkorban

0
597
KRI Nanggala

BALI – Kesemua 53 anak kapal kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban dalam ke dalaman kira-kira 850 meter di perairan Bali.

Berita itu diumumkan oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Marsekal Hadi Tjahjanto dalam sidang akhbar hari ini.

“53 anak kapal KRI Nanggala-402 telah gugur,” katanya memetik laporan Kompas TV hari ini.

Menurut Marsekal turut ditemukan ialah sebahagian serpihan kapal selam itu antaranya bahagian luar badan, kemudi, baju keselamatan dan lain-lain.

Marsekal berkata, berdasarka bukti-bukti tersebut pihaknya percaya kapal selam itu telah tenggelam dan seluruh anak kapalnya turut gugur.

Dalam pada itu katanya, kerajaan Indonesia juga akan terus bekerjasama dengan Pejabat Kapal Selam Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Ismerlo) untuk tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here