Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki pagi tadi

0
104
Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan

CYBERJAYA – Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada pukul 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Menurut pihak pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd., bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, kedua-dua pasangan tersebut turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Siti Nurhaliza

Pada masa sama, katanya, mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses kelahiran itu.

“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here