Solat terawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi hanya dibenarkan 10 rakaat

0
157
Solat terawih akan dilaksnakan dengan langkah penjagaan SOP

JEDDAH – Raja Arab Saudi, Raja Salman menitahkan agar rakaat solat tarawih pada bulan Ramadan bermula malam ini di dua masjid paling suci di Mekah dan Madinah dipendekkan.

Ketua Pengurusan Dua Masjid Paling Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dalam laporan Saudi Gazette berkata, solat terawih akan dipendekkan menjadi 10 rakaat daripada 20 rakaat.

Katanya, ia bagi mematuhi  langkah-langkah  pencegahan jangkitan Covid-19 yang disiapkan oleh pihak pengurusan dan agensi lain yang berkaitan yang terlibat selain dalam memastikan keselamatan jemaah.

“Kerajaan Arab Saudi untuk mahu para jemaah melaksanakan ibadat mereka dalam ruang lingkung yang selamat dan memenuhi semua standard kesihatan global yang digunakan dalam bidang kawalan jangkitan.

“Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad Salman terus menerus memastikan semua pihak akan memberikan layanan terbaik untuk para jemaah dalam suasana  yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Pengurusan telah melengkapkan kemampuan tenaga manusia dan mekanik sepenuhnya untuk melayan jemaah sepanjang bulan Ramadan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam melayani tetamu di rumah Tuhan, ”katanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan rakyatnya menunaikan Umrah dan solat di Dua Masjid Suci ketika Ramadan yang dijangka bermula esok tetapi menangguhkan ritual i’ikaf (bertafakur selepas solat) dan majlis berbuka puasa di dalam masjid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here