Solidariti terhadap Fahmi Reza gerakan halus gulingkan institusi diraja – Pembela

0
1366
Grafik yang dihasilkan oleh Fahmi Reza yang dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong dengan perkataan ‘This is dengki ke?’

CYBERJAYA – Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) memberi amaran terdapat gerakan secara terancang dan halus untuk melenyapkan institusi beraja di negara ini.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, sokongan yang diterima oleh pelukis grafik, Fahmi Reza selepas ditahan pihak polis kerana mencemarkan nama baik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui satu entri di laman sosial Facebook dipercayai miliknya menguatkan lagi dakwaan tersebut.

“Sekali lagi kita dapat lihat gerakan tersusun untuk menyerang institusi Raja. Apa yang pasti, ‘pattern’ nya adalah sama di mana kemuncaknya ada seorang pelampau ditangkap dan ramai-ramai bersolidariti membelanya termasuk para politikus.

“Saya berpendapat, walaupun kenyataan Pemaisuri Agong di media sosial itu boleh membawa salahfaham tetapi ianya tidak sama sekali patut dijadikan bahan membenci dan mengheret seluruh institusi untuk dimusuhi.

“Malah, sebelum ini pun pemain-pemain yang sama sudah awal lagi membawa cerita dan naratif buruk terhadap institusi ini, di mana naratif ‘revolusi’ dan ‘gulingkan raja’ sudah pun disusun dan diangkat. Hanya tunggu ‘spark’ sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara pemimpin DAP yang menunjukkan solidariti ke atas penahanan Fahmi Reza

Kelmarin polis menahan Fahmi Reza memuat naik satu entri dipercayai menghina Raja Permaisuri Agong dengan perkataan ‘This is dengki ke?’

Penahanan Fahmi Reza mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin pembangkang terutamanya DAP yang berpandapat kritikan itu hanya sebagai satira politik.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mempersoalkan sokongan DAP terhadap Fahmi Reza yang dilihat yang cuba menannguk di air yang keruh.

“Seperti dijangka, para pemimpin DAP akan tampil menjadi jaguh membela pelampau yang dikatakan ‘teraniaya’ ini. Apakah mereka 100 peratus ikhlas membela Fahmi Reza atau sebenarnya lebih kepada mahu membela naratif yang dibawa olehnya?

“Rakyat seharusnya melihat ‘blind spot’ yang dicipta oleh musuh-musuh agama, bangsa dan tanah air ini. Kita perlu berfikir panjang dan jauh supaya tidak menjadi bidak catur mereka dengan semudah itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, pihaknya yakin golongan berkenaan akan terus menerus untuk ‘test water’ ke atas sensitiviti rakyat terutamanya orang Melayu.

Beliau berkata, sekiranya berjaya, mereka akan pergi lebih ekstrim kerana golongan itu tahu bahawa perubahan tidak datang secara radikal, tetapi secara halus.

“Lihatlah selama ini dalam apa jua isu, mereka akan guna modus operandi yang sama. Sekiranya gagal, mereka akan ulangi kitaran yang sama sehingga kita mula berkompromi akan tahap sensitiviti kita kerana normalisasi dan emosi.

“Pada masa yang sama, saya juga sangat berharap agar Raja-Raja kita dan seluruh ahli kerabat dapat berhati-hati kerana mereka hanya menunggu sedikit sahaja ‘spark’ untuk mencetuskan isu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here