SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri dan rentas daerah diputuskan minggu hadapan

0
196
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri dan rentas daerah akan diputuskan pada minggu hadapan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hari ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang, kemudian ia akan dibentangkan dalam sidang khas MKN pada Isnin ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selepas ia dibentangkan (sidang khas MKN) barulah kami boleh memutuskan sebarang keputusan dan kami akan mendengar pembentangan KKM mengenai nasihat yang akan diberikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri hadir menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Program e-Bakat antara Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) bersama Mgate Emerging Technologies Sdn Bhd dan HRD Corp di Kem Kementah hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here