Spurs pecat Mourinho

0
83

LONDON – Kelab bola sepak Tottenham Hotspur hari ini bertindak memecat Jose Mourinho daripada jawatan pengurus pasukan berikutan keputusan yang tidak memberangsangkan.

Menurut portal Daily Mail, keputusan itu dibuat kurang seminggu sebelum kelab itu berdepan dengan Manchester City dalam perlawanan akhir Carabao Cup di Stadium Wembley.

Ketika ini, pasukan Spurs menghuni tangga ketujuh carta Liga Perdana Inggeris, dan ketinggalan 5 mata di belakang pasukan West Ham bagi tempat terakhir ke Liga Juara-juara Eropah.

Mourinho, 58, dilantik bagi menggantikan jurulatih Argentina Mauricio Pochettino pada tahun 2019.

Spurs dalam satu kenyataan berkata, “Pada hari ini kami mengumumkan bahawa Mourinho bersama pasukan kejurulatihan yang dianggotai oleh Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dan Giovanni Cerra tidak lagi bersama kami.”

Setakat ini, tugas Mourinho akan digalas oleh jurulatih Ryan Mason dan Chris Powell sehingga pengurus yang baharu dilantik.

Setakat ini, antara nama yang dikaitkan dengan jawatan itu adalah pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann, dan bekas pengurus Liverpool, Brendan Rogers.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here