Sultan Johor berkenan kurniakan RIB kepada 21 GGK

0
235

MERSING – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), semalam.

Pengurniaan bot bernilai RM1.2 juta itu adalah bertujuan membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.

Majlis pengurniaan itu telah disempurnakan oleh baginda yang juga Kolonel Komandan Gerak Khas.

Penyerahan kunci bot berkenaan secara simbolik disempurnakan oleh baginda kepada Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi, di Skuadron Perahu Khas, Rejimen 22 Komando, Kem Iskandar di Mersing.

“Patik mewakili pasukan GGK menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Sultan Johor di atas pengurniaan bot ini, di mana ia merupakan aset penting dalam Rejimen 22 Komando dan juga satu keperluan (pasukan),” kata Jamaluddin.

Beliau menambah, baginda Sultan Johor sangat memahami keperluan pasukan GGK.

“Baginda amat menitikberatkan aset serta kelengkapan pasukan, dan juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa GGK serta sentiasa berkenan meluangkan masa melawat Kem Iskandar,” tambah Jamaluddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here