Sultan Selangor terima zakat niaga RM3.13 juta dari dua syarikat korporat

0
113
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property (kiri) Dato’ Azmir Merican menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah RM3,138,995.

Bayaran zakat berkenaan diserahkan dalam satu upacara di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini semalam.

Lembaga Zakat Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, zakat itu diterima daripada Worldwide Holdings Berhad dan Sime Darby Property.

“Worldwide Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria menyerahkan bayaran zakat berjumlah RM2,138,995.

“Kemudian diikuti Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta.

“Bayaran zakat kedua-dua syarikat korporat berkenaan ialah bagi tahun kewangan 2020.,” kata Lembaga Zakat Selangor dalam satu kenyataan semalam.

Hadir sama dalam majlis penyerahan itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M Yusop.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here