Switzerland kesan kes pertama Covid-19 libatkan mutasi dari India

0
56
Kes baharu Covid-19 di India telah menyebabkan ratusan ribu kes baharu dilaporkan

GENEVA – Pihak kesihatan Switzerland mengesan kes pertama varian Covid-19 dari India, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu penularan wabak itu di negara tersebut.

Menurut Pejabat Kesihatan Awam Switzerland dalam satu ciapan menerusi laman Twitter miliknya, kes tersebut dilaporkan menerusi seorang penumpang
yang transit di salah sebuah lapangan terbang negara itu.

“Kes pertama varian Covid-19 India telah dilaporkan di Switzerland,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan AFP yang memetik jurucakap, Daniel Dauwalder, penumpang itu tiba dari salah sebuah negara Eropah.

Sebelum ini pada Khamis lalu pihak berkuasa Belgium berkata seramai 20 pelajar kejurawatan dari India yang tiba di negara itu melalui Paris disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, India sekarang sedang bergelut dengan gelombang baharu wabak penyakit itu sehingga ratusan ribu kes baharu dikesan di negara Asia Selatan itu.

Lebih membimbangkan apabila varian baharu itu melibatkan mutasi berkembar yang dikenali sebagai B1617 berjangkit dengan lebih pantas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here