Tentera AS bantu kesan kapal selam Indonesia yang hilang

0
308
Kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akam menghantar pasukan tentera udaranya bagi membantu mencari kapal selam Indonesia yang hilang bersama 53 kelasi di dalamnya sejak kelmarin.

Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, Jabatan Pertahanan AS amat sedih dengan tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 ketika latihan di perairan Bali Rabu lalu.

“Kami bersimpati dengan kelasi terbabit dan keluarga mereka. Atas permintaan kerajaan Indonesia, kami menghantar aset udara bagi membantu carian kapal selam yang hilang itu,” katanya yang memetik laporan AFP hari ini.

Menurut Kirby, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, akan menemui Ketua Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, bagi membincangkan bagaimana AS boleh membantu usaha mencari kapal selam itu.

Kelmarin, sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara.

Menurut media tempatan, TNI sedang mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu, yang membawa 53 kru kapal.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.

Dalam pada itu, pihak operasi dan menyelamat berpandukan kepada tompokan minyak di lokasi di mana kapal selam itu dipercayai berada.

Ia menunjukkan mungkin berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Kru kapal selam buatan Jerman itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here