Terima kasih atas sokongan dan doa ketika saya difitnah, dimaki dan dihina – Mohd Fadzil

0
1019

Kumpulan Pengurusan Malakat Mall Group

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa rakan-rakan ketika dirinya difitnah, maki hamun dan dihina.

Mohd Fadzil berkata, lebih 13 tahun beliau ‘terjun’ dalam dunia usahawan dengan niat berjuang membantu mewujudkan pekerjaan dan peluang perniagaan kepada orang kita.

“Alhamdulillah…Sehingga kini lebih 1,800 pekerja di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Gaza mendapat manfaat.

“Baru-baru ini, kami baharu sahaja raikan staff yang sudah khidmat lebih lima tahun dengan pembayaran ‘one off’ RM5,000 di Majlis Makan Malam.

Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim (kanan) menurunkan tandatangan sebagai simbolik pembukaan Malakat Grocer di Putra Perdana Puchong. Turut serta Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ahli Majlis Perbandaran Taman Putra Perdana, Nor Azmi Soanan. Gambar / FARID JANUDIN

“Makanan percuma diberi, gaji tak pernah tak bayar. Cuma tahun lepas selepas 11 tahun tak pernah gagal bayar terpaksa bayar ikut aliran tunai.

“Staff dihantar ‘study trip’ ke Australia tiap-tiap tahun, Ada yang sampai ke Amerika Syarikat, ada yang dihantar buat Umrah ada yg dibawa bercuti ke New Zealand. 

“Dahulu, masa saya beli Tadika 12 tahun yang lalu gaji cikgu RM600 sahaja,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Mohd. Fadzil, dengan modal beli tadika RM150,000 pada 12 tahun yang lalu, Allah bantu untuk membina organisasi dakwah yang kini bernilai lebih RM200 Juta.

Kampus induk #BrainyBunch yang terletak di Raudah City, Cyberjaya

‘Tiba-tiba ada segelintir yang baharu sahaja kerja dengan saya, yang mungkin tidak setuju dengan perjuangan yang saya bawa yang meletakkan usaha untuk mengamalkan agama secara sempurna diusahakan.

“Mereka tidak suka solat berjamaah. Tidak suka dengan ceramah agama dan tidak mahu bersama dalam perjuangan membina Malakat Ekosistem yang berusaha taat Allah dan ikut cara Rasulullah.

“Dengan fitnah mereka ramai orang awam terus percaya dan menghina dan mencaci saya dengan pelbagai panggilan. Ada yang panggil saya babi pakai kopiah, bangsat,penunggang agama dan macam-macam lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil meminta jika ada sesiapa yang masih rasa dianiaya untuk datang berjumpanya.

“Tetapi kalau gaji dapat tapi kerja tak buat. Hatta ada yang dibayar RM10,000 sebulan tapi gagal berkali-kali mencapai target minima, malas solat, tidak mahu perbaiki agama, saya tidak cukup kuat nak bertahan dengan mereka.

“Ada kata bos-bos sahaja kaya. Banyak staff saya yang dulu pemandu tapi sekarang dah jadi bos, dapat miliki cawangan Brainy Bunch tanpa perlu bayar. Ada yang Despatch sekarang dah jadi bos besar dan macam-macam lagi.

“Semoga Allah ampunkan saya atas kelemahan saya yang tak pandai berdakwah,” kata Mohd. Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here