TFC berjaya kejutkan JDT di laman sendiri

0
155
Aksi JDT bertemu TFC sebentar tadi. Kredit gambar Facebook JST

CYBERJAYA – Pasukan Terengganu FC (TFC) berjaya mengejutkan pasukan tangga teratas Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Gol tunggal yang dihasilkan Mohamad Hakimi Abdullah pada babak kedua itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah 21 perlawanan JDT.

Kehilangan dua tonggak utama iaitu S. Kunanlan pada minit ke-17 disusuli Mauricio Nascimento pada minit ke-32 menyebabkan corak permainan pasukan kendalian Benjamin Mora itu bagaikan tidak menjadi.

Situasi itu menyebabkan Mora melakukan rombakan dengan memasukkan Matthew Davies dan Syamer Kutty Abba.

Dalam pada itu, perlawanan antara Penang FC menentang Sri Pahang berkesudahan dengan pasukan Harimau Kumbang itu berjaya menundukkan Tok Gajah di gelanggang sendiri dengan keputusan 3-0.

Danial Ashraf berjaya menjaringkan gol kedua Penang FC sebentar tadi

Gol-gol Penang FC dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-11; Danial Ashraf pada minit ke-26 dan pemain gantian Jafri Firdaus Chew pada minit ke 91 perlawanan.

Kemenangan itu menyebabkan pasukan Sr Pahang semakin tertekan dan berada di tangga kedua terbawah liga dengan lima mata.

Sementara itu dalam pertembungan antara UiTM FC dan PJ City berakhir dengan keputusan pasukan tuan rumah kecundang dengan keputusan 0-1.

Gol kemenangan PJ City dijaringkan oleh Tamilmaran pada minit ke-82.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here