The Rock kongsi hasrat jadi Presiden Amerika

0
85
Dwayne Johnson yang lebih popular dengan gelaran The Rock.

LOS ANGELES – Bintang Hollywood, Dwayne Johnson yang pernah popular dengan gelaran The Rock, sedia mencalonkan diri sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat negara itu.

Johnson, 48, yang merupakan antara pelakon berpendapatan paling tinggi ketika ini dikatakan telah ‘mendekati’ Rumah Putih sejak beberapa tahun lalu.

“Saya memang berhasrat untuk menyatukan negara ini dan saya juga merasakan jika rakyat mahukan saya sebagai Presiden, saya akan lakukannya,” katanya ketika ditanya mengenai hasratnya dalam bidang politik dipetik agensi berita Reuters.

Bekas pengusti profesional itu bagaimanapun tidak menyatakan kecenderungan politiknya atau bila masa yang sesuai untuk melangkah ke pentas politik.

Kenyataan yang dibuat Johson itu disusuli dengan 46 peratus undian awam yang dilakukan oleh Piplsay memihak kepada selebriti itu untuk mentadbir AS.

“Saya tidak fikir nenek moyang kami pernah mengimpikan ini tetapi sekiranya ia menjadi kenyataan saya berbesar hati untuk berkhidmat kepada anda semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here