Tidak tunggu lama, Ebit Lew baiki pagar jambatan ragut nyawa dua kanak-kanak

0
657
Ebit Lew melihat keadaan jambatan yang meragut nyawa dua kanak-kanak itu

CYBERJAYA – Tersentuh dengan tragedi yang menimpa dua beradik yang maut selepas terjatuh dalam Sungai Rekoh, Rompin Pahang ketika membonceng motosikal bersama ibunya, pendakwah terkenal, Ebit Lew menghulurkan bantuan kewangan untuk membaiki jambatan tersebut.

Menurut Ebit, beliau difahamkan pagar jambatan tersebut rosak teruk akibat dilanda banjir.

“Tadi saya ke sana dan terus berjumpa ketua kampung. Tanya mengenai jambatan itu. Saya beri belanja untuk baiki pagar jambatan.

“Semuanya sudah rosak kerana banjir. Keadaannya licin dan sangat bahaya jika tiada pagar dawai sepanjang jambatan itu.

Mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kejadian oleh penduduk Kampung pada jam 8 malam Khamis manakala mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra, 3, pula ditemui pada jam 7.30 pagi tadi

“Ahad ini mereka akan buat pagar dawai sepanjang laluan itu. Saya lalu tadi sedih rasa, dawai itu semua sudah berlubang. Takut rasa risau orang lain bawa anak-anak lalu. Kesan banjir pagar itu sudah teruk sangat. Beratus-ratus orang lalu untuk hantar anak sekolah, ke klinik dan ke bank dengan motor,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Ebit meluangkan masa menziarahi ibu bapa kanak-kanak malang itu di rumah mereka.

Ebit berkata, beliau dimaklumkan ibu kepada kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang daripada klinik kerana kedua-dua anaknya itu demam.

“Ubat sudah ambil, masa itu dalam perjalanan balik dengan motor, tiba-tiba motor tersangkut dan kedua anaknya terjatuh ke dalam sungai.

Ibu bapa kepada kanak-kanak malang itu mengaminkan doa yang dibaca oleh Ebit Lew

“Dekat dua hari hilang. Hari ini dijumpai dan dekat Asar tadi selesai urusan pengebumian,” ujarnya.

Sementara itu, Ebit turut berharap supaya sebuah jambatan baharu dapat dibina di kawasan itu demi kemudahan dan keselamatan penduduk.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here