Tokey ikan pekasam jadi usahawan Malakat Grocer Alam Damai

0
414
Khairul Anwar Mohamed Mustafa (empat dari kiri) bersama barisan pengurusan Kumpulan Malakat diketuai Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim.

CHERAS – Seorang penjual ikan pekasam melabur sebanyak RM150,000 untuk menjadi usahawan dan rakan kongsi di Malakat Grocer Alam Damai di sini.

Khairul Anwar Mohamed Mustafa, 45, berkata, niat untuk menjadi usahawan dan bekerjasama dengan Kumpulan Malakat itu hadir sejak tahun lalu.

“Usaha saya untuk membuka Malakat Grocer ini timbul ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan ketika berlaku sedikit kegawatan ekonomi.

Khairul Anwar Mohamed Mustafa ketika berucap pada majlis pembukaan Malakat Grocer Alam Damai hari ini

“Pada mulanya, saya mendapat pesanan Whatsapps dari rakan-rakan tentang kegawatan ekonomi Islam, selepas itu saya mula mencari apa itu Malakat Grocer dan KoPPIM.

“Saya jadi ahli KoPPIM, pergi ke Malakat Mall dan jumpa Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Menurut Khairul Anwar, beliau mengikuti perkembangan Kumpulan Malakat sehingga Mohd Fadzil membuka pakej usahawan Malakat Grocer dengan mdal RM150,000.

Pelanggan yang hadir membeli barangan di Malakat Grocer Alam Damai.

“Dengan niat untuk bantu orang Islam, saya nekad untuk buka Malakat Grocer. Akhirnya saya pilih untuk buka cawangan Malakat Grocer di Alam Damai.

“Saya sebenarnya tinggal Bandar Mahkota Cheras, tidak jauh dari Alam Damai. Tetapi saya sudah biasa di sini. Saya yakin ini pilihan tepat,” katanya.

Khairul Anwar juga merupakan Pegawai Waran Udara I, Tentera Udara Diraja Malaysia dan akan bersara pada awal Ogos ini selepas berkhidmat selama 24 tahun.

“Saya juga merupakan bakal pesara TUDM, saya berkhidmat selama 24 tahun dan akan bersara pada awal Ogos ini, unit terakhir saya ialah di Pangkalan Udara TUDM Butterworth,” katanya.

Mengulas mengenai perniagaan ikan pekasamnya, Khairul Anwar berkata, beliau telah berniaga ikan pekasam sejak lima tahun lalu dan sambutannya amat baik.

“Saya ambil bekalan ikan pekasam di kampung mertua di Lenggong, Perak. Alhamdulillah…sudah lima tahun berniaga secara kecil-kecilan hingga ke hari ini,” katanya.

Ikan pekasam yang dijual oleh Khairul Anwar Mohamed Mustafa

Ditanya bagaimana kerjasama dengan Kumpulan Malakat, Khairul Anwar berkata, tanpa kerjasama itu, impiannya untuk menjadi usahawan dalam bidang runcit mungkin tidak tercapai.

“Jika tiada bantuan daripada pasukan Coach Fadzil, Malakat Grocer Alam Damai ini tidak akan wujud. Mereka sangat membantu untuk ‘setup’ segalanya,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here