Tunjuk kemaluan dalam LRT, bangla ditahan polis

0
231
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Tindakan seorang warga Bangladesh berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita dan beronani di dalam Transit Aliran Ringan (LRT) mengundang padah apabila suspek ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh polis bantuan di Stesen LRT USJ 7 di sini pada pukul 9.30 malam pada Ahad.

“Suspek kemudian diserahkan kepada sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Abd Khalid berkata, dalam kejadian 4 April lalu, mangsa berusia 20 tahun telah menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati pada jam 8.30 malam.

“Semasa melalui Stesen USJ 21, suspek telah duduk di kerusi berhadapan dengan mangsa, sebelum suspek menunjukkan kemaluan dan beronani,” katanya.

Beliau berkata, suspek telah direman selama 14 hari bermula Ahad hingga 8 Mei ini.

“Kes disiasat Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 /63,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here