Tutup bazar Ramadan dan jangan benarkan rentas negeri untuk berhari raya

0
696
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim

CYBERJAYA – Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dengan menutup bazar Ramadan dan mengeluarkan arahan melarang sebarang aktiviti rentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, walaupun pahit, itu adalah solusi terbaik untuk negara membendung pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan 

Muhammad Lukman berkata, rata-rata tahu dan mengakui sukarnya rakyat Malaysia membentuk disiplin kendiri yang ketat bagi menjaga SOP di tempat awam terbuka tanpa penguatkuasaan ketat dari pihak berkuasa.

“Ini sedikit berbeza dengan tempat awam tertutup sebagai contoh masjid yang setakat ini mampu mengawalselia SOP dengan baik untuk solat fardhu, solat jumaat dan solat tarawih.

“Kita juga faham beban pihak RELA, polis dan tentera yang sudah sampai tahap maksimum. Mereka telah terlalu kepenatan dan kurang anggota untuk berkawal di setiap bazaar Ramadhan di seluruh negara.

‘Sementara itu pelbagai idea pengurusan terbaik seperti yang dibuat di negara lain contohnya susunan jarak dan kawalan petak niaga, laluan keluar masuk satu hala, sistem pandu lalu, penghantaran terus ke rumah dan pelbagai pendekatan efektif lain gagal dilaksanakan di Malaysia disebabkan kekurangan infrastruktur dan sistem pengurusan dari pihak berwajib

“Justeru langkah terbaik ialah tutup. Walaupun ini mungkin menjejaskan pendapatan para peniaga, namun jika kes semakin meningkat dan PKP penuh terpaksa diadakan semula, ekonomi yang merudum pastinya akan memberi impak jangkamasa panjang yang lebih memeritkan kepada para peniaga,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Muhammad Lukman, kerajaan boleh memberikan bantuan khas kepada para peniaga bagi mengurangkan kesempitan hidup mereka sepanjang bulan ramadhan.

“Demi memastikan momentum ini berterusan, sebarang pergerakan merentas negeri untuk berhari raya juga perlu disekat

“SOP ini tidak sedikit pun mengurangkan pahala dan kemeriahan Ramadan dan sambutan Syawal kita. Inilah yang dikatakan norma baharu. Kerajaan perlu tegas dan seluruh rakyat perlu patuh tanpa jemu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here