Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

0
42
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini akan mula menyambut Ramadan esok, Selasa 13 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 12 April, bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here