[VIDEO] Umbai Ikan Bako kini di Malakat Mall Cyberjaya

0
364
Umbai Ikan [email protected]

CYBERJAYA – Terasa ingin makan ikan bakar yang popular di Melaka? Kini anda tidak perlu lagi memandu jauh kerana ianya boleh didapati di Umbai Ikan [email protected]

Secara lebih tepat Umbai Ikan [email protected] ini beroperasi di Malakat Mall dan menawarkan pelbagai jenis ikan serta makanan laut yang segar kepada pelanggan.

TAK PAYAH KE MELAKA DAH, UMBAI IKAN BAKO KINI DI MALAKAT MALL CYBERJAYA!

Apa yang anda dapat di Umbai Ikan [email protected] ialah sama seperti dengan barisan kedai ikan bakar popular di Melaka termasuk dalam soal rasa dan juga layanan.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn. Bhd., Aziz Juhari berkata, idea untuk membawa Umbai Ikan Bako ke Cyberjaya kerana mahu memberi kelainan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn. Bhd., Aziz Juhari

“Kita mahu bawa satu produk dari Melaka ke Cyberjaya dan apabila difikirkan ikan bakar antara yang ‘top’ di sana selain makanan juga antara yang paling cepat diterima.

“Jadi kita mahu bawa ikan bakar ke sini, kita kekalkan rasa dan sebagainya supaya sama dengan kedai-kedai terkemuka di daerah Umbai itu sendiri,” katanya.

Ikan segar di Umbai Ikan [email protected]

Menurut Aziz, layanan dan juga konsep di kedai ikan bakar di Melaka juga dikekalkan di Umbai Ikan [email protected] termasuk ‘dulang girl’, otak-otak serta satar.

Katanya, Umbai Ikan [email protected] menyediakan pilihan pelbagai jenis ikan dan makanan laut segar yang dibekalkan dari jeti nelayan di Melaka dan Sabak Bernam, Selangor.

Pelanggan boleh memilih jenis masakan yang dimahukan

“Kita ada pelbagai jenis ikan seperti siakap, pari, jenahak, kerabu, merah, cencaru dan banyak lagi. Kita juga ada udang saiz XXL dan juga sotong selain makanan laut lain.

“Apa yang pasti harga yang ditawarkan kepada pelanggan amat berpatutan dan mampu makan. Kita mahu pelanggan puas dan menikmati segala menu yang kita sediakan.

“Untuk ikan dan makanan laut, pelanggan boleh memilih segala jenis masakan yang diinginkan selain bakar seperti stim, masak 3 rasa, kam heong, salted egg, butter prawn dan banyak lagi,” katanya.

Ikan Bakar Sambal menjadi menu utama di Umbai Ikan [email protected]

Selain itu katanya, pelanggan juga boleh membuat pilihan sendiri untuk jenis sambal yang diinginkan kerana Umbai Ikan [email protected] memberi pilihan kepada pelanggan mengikut citarasa.

“Untuk bulan puasa, Umbai Ikan [email protected] akan beroperasi pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam dan untuk hari biasa selepas ini ialah pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Udang segar dan besar di Umbai Ikan [email protected]

“Semalam merupakan hari pertama kami beroperasi. Alhamdulillah sambutan amat baik sekali dan semua ikan dan makanan laut ‘sold out’. Terima kasih atas sambutan.

“Maklum balas pelanggan juga baik kerana mereka berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Selepas ini mugkin kita akan tambah kuantiti untuk lebih pilihan kepada pelanggan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here