Umbai Ikan Bako tawarkan promosi ikan bakar dan asam pedas

0
97

CYBERJAYA – Restoran Umbai Ikan Bako yang beroperasi di Malakat Mall menawarkan promosi dua set hidangan baharu kepada para pelanggan iaitu set ikan bakar dan set asam pedas.

Chef Eksekutif Umbai Ikan Bako, Nurul Riduwan Yaakob berkata, set berharga RM50 untuk setiap hidangan itu ditawarkan kepada para pelanggan bermula hari ini sehingga berakhirnya Ramadan.

Chef Eksekutif Umbai Ikan Bako, Nurul Riduwan Yaakob

“Set A menawarkan ikan bakar (merah, jenahak dan kerapu) beserta satar, otak-otak, ulam-ulaman, aneka sambal, dua nasi putih atau nasi lemak dan dua air teh ‘O’ ais limau atau sirap limau ais.

Set A

“Set B pula menawarkan, kepada ikan asam pedas (merah, jenahak dan kerapu) beserta, ulam-ulaman, aneka sambal, dua nasi putih atau nasi lemak dan dua air teh ‘O’ ais limau atau sirap limau ais.

Set B

“Sekiranya pelanggan memesan untuk kedua-dua set ini, mereka juga akan layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune semasa pengenalan menu baharu berkenaan.

Menurut Nurul Riduwan, pengenalan menu baharu itu sebagai tambahan kepada menu sedia ada di Umbai Ikan Bako sekali gus mempelbagaikan lagi hidangan menarik kepada pelanggan.

Bagi yang belum tahu, Umbai Ikan Bako menyediakan pilihan pelbagai jenis ikan dan makanan laut segar yang dibekalkan dari jeti nelayan di Melaka dan Sabak Bernam, Selangor.

Hidangan ikan bakar di Umbai Ikan Bako

Restoran berkenaan menawarkan pelbagai jenis ikan seperti siakap, pari, jenahak, kerabu, merah, cencaru dan banyak lagi selain udang saiz XXL dan juga sotong serta makanan laut lain.

Apa yang pasti harga yang ditawarkan kepada pelanggan amat berpatutan dan mampu makan kerana Umbai Ikan Bako mahu pelanggan puas dan menikmati segala menu yang kita sediakan.

Untuk ikan dan makanan laut, pelanggan boleh memilih segala jenis masakan yang diinginkan selain bakar seperti stim, masak 3 rasa, kam heong, salted egg, butter prawn dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pilihan sendiri untuk jenis sambal yang diinginkan kerana Umbai Ikan Bako memberi pilihan kepada pelanggan mengikut citarasa.

Untuk bulan puasa, Umbai Ikan Bako akan beroperasi pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam dan untuk hari biasa selepas ini ialah pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here