UPM universiti pertama guna Putra Voting

0
134
Sistem Putra Voting yang dbangunkan oleh iDEC UPM

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di negara ini yang menggunakan pengundian secara dalam talian untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar pada 29 Mac lalu.

Pengundian itu boleh dilakukan melalui aplikasi mobile yang dikenali sebagai Putra Voting yang dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) universiti tersebut.

Aplikasi yang berasaskan persekitaran telefon pintar ini dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti UPMID dan boleh dicapai oleh pengguna melalui Android dan IOS.

Prof. Dr. Arifin Abdu

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, pemilihan MPP UPM pada kali ini terpaksa diadakan secara aplikasi mobile kerana tidak semua pelajar berada di kampus berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, penggundian secara dalam talian juga dilaksanakan bagi mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapakn Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Melalui aplikasi Putra Voting, pelajar tidak perlu lagi melaksanakan pengundian di kampus, sebaliknya mereka boleh mengundi di mana-mana dengan menggunakan telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa.

“Ternyata kaedah ‘semuanya hanya di hujung jari’ boleh direalisasikan dengan manfaatkan teknologi jalur lebar, aplikasi dan peranti pintar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UPM iaitu Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus berkata, pelaksanaan pendigitilan kampus merupakan satu anjakan besar yang memberi cabaran baharu kepada semua.

“Kita perlu sentiasa cakna dan bersedia untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. UPM amat berbangga kerana merupakan IPT pertama yang melaksanakan pengundian MPP secara aplikasi mobile,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here