Ustaz Abdul Somad bakal nikahi gadis berumur 19 tahun

0
1626
Gambar yang tular hangatkan lagi khabar angin pernikahan Ustaz Abdul Somad

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berumur 19 tahun dalam masa terdekat ini.

Calon isteri Ustaz Abdul Somad itu dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur.

Berdasarkan laporan Tribunnews, pernikahan tersebut juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

“Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa,” kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.

Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Sebelum ini tersebar gambar Ustaz Abdul Somad dan perempuan berhijab di media sosial.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan Ustaz Abdul Somad bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Ustaz Abdul Somad pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu berakhir selepas 11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019.

Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain itu Ustaz Abdul Somad pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here