[VIDEO] Malakat Mall Masjid Tanah rancakkan ekonomi setempat

0
323
Ab Rauf (kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada Adzhar (kiri) ketika kunjungan tidak rasmi beliau ke Malakat Mall Masjid Tanah, baru-baru ini. – MALAKAT TRIBUNE

MASJID TANAH – Kewujudan Malakat Mall di Masjid Tanah membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi setempat.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, kehadiran pusat beli belah yang mengutamakan ekonomi Muslim ini turut memberi imej baharu kepada gaya hidup penduduk tempatan.

Pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah rancakkan ekonomi setempat

“Sebelum ini, orang ramai hanya dapat merasai suasana di mini-mini market sahaja.

“Kini, mereka dapat merasai sendiri pengalaman membeli belah di sebuah mall yang mempunyai kemudahan sebagai ‘mini bigger mall’ di tempat mereka sendiri,” kata Ab Rauf sejurus melakukan kunjungan tidak rasmi ke Malakat Mall Masjid Tanah, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malakat dan Brainy Bunch, Adzhar Mohd Noor.

Pada masa yang sama, penjanaan ekonomi setempat turut dilaksanakan menerusi kewujudan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada anak tempatan, tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar lain.

“Ini juga, secara tidak langsung, memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan dalam memasarkan produk mereka di kawasan ini,” kata beliau lagi.

Dalam kunjungan tersebut, Ab Rauf turut menekankan kepentingan Malakat Mall sebagai satu gerakan bagi menyedarkan orang ramai dalam memecahkan acuan ekonomi tinggalan zaman penjajah.

“Bagi memecahkan moonopoli (ekonomi) ini, satu kesedaran mesti timbul dalam kalangan orang kita sendiri bagai menjana (sistem) ekonomi mengikut acuan kita sendiri.

“Saya melihat Malakat Mall punya peluang dan ruang yang besar untuk memainkan peranan dalam bidang peruncitan, dan peluang ini patut disokong sehabisnya,” kata Ab Rauf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here