[VIDEO] Taiwan: Punca nahas dikenal pasti akibat pelanggaran kereta api dengan kenderaan pembinaan

0
131

TAIPEI – Pihak berkuasa Taiwan mengesahkan nahas kereta api 408 Taroko Express yang tergelincir pagi tadi adalah berpunca daripada pelanggaran kereta api tersebut dengan sebuah kenderaan pembinaan.

Menurut Reuters, setakat ini 48 penumpang disahkan meninggal dunia, 66 lagi tercedera manakala puluhan lagi penumpang masih terperangkap dalam nahas yang dianggap terburuk dalam sejarah sistem pengangkutan negara itu.

Pihak polis dalam satu kenyataan menyebut, sebuah kenderaan pembinaan yang diletakkan di atas sebuah lereng di sebelah kawasan kejadian, menggelongsor ke landasan dan kemudiannya dilanggar oleh kereta api yang membawa lebih daripada 350 penumpang itu.

“Pengendali kenderaan itu dipercayai tidak menarik brek dengan sempurna, menyebabkan kenderaan itu tergelongsor,” kata Ketua Polis Daerah Hualien, Tsai Ding-hsien, hari ini.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan saki baki penumpang yang masih tersepit dalam serpihan kereta api yang berselerakan di dalam terowong itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here