Warga emas diperdaya pelaburan tanam padi di Kemboja

0
120
Gambar Hiasan

KUANTAN- Dua warga emas diperdayakan dalam pelaburan tanaman padi di Kemboja yang disertai sejak tujuh tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kedua-dua warga emas itu kerugian RM50,000 setiap seorang.

Mohd. Wazir berkata, mangsa yang berumur 75 dan 65 tahun mendakwa tertarik untuk melabur selepas menyertai kelajah anjuran syarikat pelaburan pada Jun 2014.

“Dalam program jelajah itu, mangsa mendakwa mereka dijanjikan pulangan sebanyak RM52,000 setiap tiga bulan untuk tempoh tiga tahun jika mengambil satu lot padi bernilai RM50,000.

“Mangsa mendakwa mereka menandatangani surat perjanjian sekitar Ogos 2014 selepas membuat bayaran RM50,000 melalui cek yang diserahkan kepada seorang ejen syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Wazir, kedua-dua mangsa mendakwa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan sehingga tahun ini, selain gagal untuk menghubungi ejen syarikat itu menyebabkan mereka berasa ditipu.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here