Warung Raysha buka tawaran jadi peniaga Roti John Lauk Stambung

0
192
Roti John Lauk Stambung merupakan antara menu popular di Warung Raysha

KETEREH – Warung Raysha membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen atau membuka stall sendiri menjual Roti John Lauk Stambung.

Pemilik Warung Raysha, Nurul Amira Supian berkata, ejen atau stall Roti John Lauk Stambung diperlukan di semua negeri dan tidak terhad di Kelantan sahaja.

Pemilik Warung Raysha, Nurul Amira Supian

Beliau berkata, Roti John Lauk Stambung kini mendapat permintaan tinggi kerana keistimewaannya yang dihasilkan dengan menggunakan lauk yang banyak.

“Roti John Lauk Stambung pada mulanya dijual di Warung Raysha di Jalan Tok Akil, Ketereh sahaja, tetapi melihat kepada permintaan kita akan membuka cawangan stall.

Roti John Lauk Stambung di Warung Raysha

“Jadi, kami ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan peniaga, Insya-Allah perniagaan ini akan memberi keuntungan.

“Lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi. Ini kerana roti john juga menjadi antara menu atau juadah yang diminati ketia Ramadan,” katanya.

Pelanggan puas dpat menikmati Roti John Lauk Stambung kerana dibuat dnegan menggunakan daging atau ayam yang banyak

Mereka yang berminat untuk menjadi ajen atau membuka stall Roti John Lauk Stambung boleh menghubungi 01116100516 (Amira) untuk pertanyaan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here