Wilayah Osaka mohon Kerajaan Pusat isytihar darurat

0
139
Gabernor Osaka, Hirofumi Yoshimura

TOKYO – Wilayah Osaka memohon supaya Kerajaan Pusat mengeluarkan perintah darurat bagi mengawal penularan Covid-19 yang semakin meruncing di bandar tersebut.

Permohonan tersebut disuarakan oleh Gabernor Osaka, Hirofumi Yoshimura dalam satu sidang akhbar hari ini, kata Reuters.

Osaka dan beberapa wilayah lain sebelum ini diletakkan di bawah keadaan ‘separa darurat’ selama dua minggu.

“Kita sepatutnya sudah dapat melihat keberkesanan perintah (separa darurat) itu sekarang, namun jika dilihat pada angka kes baharu semalam, ia belum memadai,” kata Yoshimura.

Semalam, wilayah itu mencatat sebanyak 1,220 kes jangkitan baharu, angka kes tertinggi sejak pandemik itu melanda Jepun.

“Pada waktu yang sama, pasukan perubatan juga sudah semakin terbeban dengan situasi ini, oleh itu kami berpendapat adalah wajar sekiranya Kerajaan Pusat mengenakan perintah darurat (secepat mungkin),” kata Yoshimura lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here