Yusuf al-Qaradawi dijangkiti Covid-19

0
190
Syeikh Yusuf al-Qaradawi

DOHA – Ulama terkenal dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi disahkan positif Covid-19.

Beliau yang sebelum ini telah menerima vaksin Covid-19, kini berada dalam keadaan baik serta menerima penjagaan sewajarnya.

Berita itu disahkan menerusi satu ciapan dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Dalam hantaran berbahasa Arab di Twitter, pengikutnya dipohon mendoakan pemulihan dan kesejahteraannya.

“Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti coronavirus dan beliau kini dalam keadaan baik, syukur kepada Tuhan.

Ciapan menerusi laman Twitter miliknya

“Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya,” kata ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, anaknya, Abdul-Rahman Yusuf Al-Qaradawi, turut mengesahkan berita itu di akaun Twitter dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah menerima vaksin Covid-19 sebelum ini.

Memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), beliau juga meminta masyarakat mendoakan kesihatan ayahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here