Zahid nafi sebagai individu dalam rakaman audio yang tular

0
95
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan merupakan individu yang terlibat dalam audio rakaman perbualan telefon yang tular sejak semalalam bersama seorang pemimpin kanan parti politik.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara dirinya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak semalam tular sebuah audio yang berdurasi 4.16 yang didakwa milik suara Ahmad Zahid dan Anwar melibatkan isu-isu politik semasa termasuk berkaitan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebagai Presiden UMNO, beliau tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

Dalam pada itu, beliau juga percaya lebih banyak lagi permainan keji akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here