Melbourne catat 5 kes baharu, 35 keseluruhan

0
92
GAMBAR HIASAN

MELBOURNE – Wilayah Victoria merekodkan 5 lagi kes baharu Covid-19 pada hari kedua ‘lockdown’ siri keempat, hari ini.

Menurut The Guardian, penularan kali ini berpunca daripada seorang pemandu lori yang menghantar barangan ke pasar raya dan kedai runcit di sekeliling bandar raya itu pada 18 dan 19 Mei lepas.

Kata Pengerusi Kesihatan Wilayah Victoria, Martin Foley, individu yang dikenal pasti sebagai kes indeks “bertugas seperti biasa ketika dijangkiti” tetapi “tidak menunjukkan sebarang simptom dalam tempoh itu.”

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes daripada kluster ini adalah sebanyak 35 kes.

Sebanyak 56,624 ujian sudah dilakukan setakat 24 jam ini, berbanding semalam iaitu sebanyak 47,462.

Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan menjangkakan, terdapat sebanyak 150 lokasi dikategorikan sebagai berisiko, dengan lebih 15,000 kontak rapat dan kontak sosial yang perlu menjalani kuarantin kendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here