11 kakitangan MBSJ positif Covid-19

0
98
Ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya

CYBERJAYA – Ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menutup operasi bermula hari ini selepas 11 kakitangan bangunan itu disahkan positif Covid-19.

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, pengesanan kes itu diketahui selepas ujian saringan baru-baru ini.

Berikutan itu, katanya, semua kontak rapat telah diarahkan untuk melakukan ujian saringan dan menjalani kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bangunan ibu pejabat ini ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan MBSJ.

“Kaunter perkhidmatan pula akan ditutup selama 14 hari bermula 3 hingga 14 Mei bagi tujuan disinfeksi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noraini berkata, orang awam dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau menerusi mesin kios disediakan sepanjang penutupan tersebut.

“MBSJ juga memohon maaf atas sebarang kesulitan susulan daripada penutupan ini.

“Orang awam juga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membendung penularan wabak ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here