151 titik panas Covid-19 didedahkan buat pertama kali

0
376
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 151 lokasi titik panas yang menjadi lokasi utama penularan wabak Covid-19 di seluruh negara didedahkan menerusi sistem amaran awal Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

Dalam senarai yang dikeluarkan itu, zon tengah iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai paling banyak lokasi titik panas.

Sebanyak 66 lokasi titik panas disenarai di Kuala Lumpur manakala Selangor pula 54 lokasi.

Beberapa pusat beli belah terkenal, pasar raya, institusi kewangan, masjid, hub pengangkutan awam dan gedung pakaian dikesan menjadi premis berisiko di Lembah Klang.

Sementara itu di zon selatan pula, sembilan lokasi disenarai di Johor serta masing-masing satu lokasi di Melaka dan Negeri Sembilan.

151 lokasi titik panas yang dikongsi HIDE di seluruh negara

Di zon Borneo pula, tiga titik panas di Sabah dan empat lokasi di Sarawak. Kesemuanya adalah pusat beli-belah.

Lima kawasan di Pulau Pinang dan tiga di Perak tersenarai sebagai titik panas Covid-19 di zon utara.

Sementara itu, di zon timur, hanya Kelantan tersenarai dengan dua lokasi membabitkan pusat beli-belah dan pasar raya di Kota Bharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here