2 wanita Israel maut, 80 lagi cedera terkena serangan roket pejuang Palestin

0
6815
Beberapa bangunan di Israel musnah terkena serangan roket daripada pejuang Palestin

JERUSALEM – Dua wanita Israel maut selepas terkena serangan roket daripada pejuang Palestin di Ashdod Ashkelon, Israel hari ini.

Menurut Aqsa Syarif dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, beberapa lokasi di Ashdod Ashkelon mengalami kebakaran dan kerosakan selepas kumpulan pejuang di Gaza membalas serangan Zionis dengan melancar lebih 130 roket ke arah dua bandar tersebut.

Katanya, menurut laporan akhbar Zionis dua orang terkorban dan 80 orang terpaksa menerima rawatan akibat panik.

Dalam pada itu, memetik laporan Jerusalem Post, dua wanita yang maut itu masing-masing berumur 60 dan 80 tahun.

Beberapa bangunan di Israel musnah terkena serangan roket daripada pejuang Palestin

Katanya, kedua-dua wanita itu maut selepas roket yang dilancarkan menghentam rumah mereka di Ashkelon.

Dalam pada itu, menurut laporan polis rejim Israel, seramai 80 penduduk negara haram itu cedera dan berpuluh-puluh bangunan termasuk sebuah sekolah di Ashdod dan Ashkelon musnah dalam serangan itu.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak apabila rejim Zionis itu menyerang umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa.

Dalam serangan itu, berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera selepas diserang dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan oleh tentera dan polis rejim Zionis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here