289 kakitangan Malakat Mall jalani ujian saringan Covid-19

0
145
Kakitangan Malakat Mall menjalani saringan Covid-19 hari ini. Foto: Farid Janudin.

CYBERJAYA – Kumpulan Perniagaan Malakat hari ini menjalankan ujian saringan Covid-19 secara percuma kepada 289 kakitangan sebagai menyahut seruan kerajaan dalam usaha pengesanan dan pencegahan wabak itu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ujian yang bermula pada pukul 10 pagi ini merupakan inisiatif syarikat untuk memastikan kakitangan Malakat Mall di Cyberjaya bebas daripada jangkitan Covid-19.

“Ujian hari ini diwajibkan kepada kakitangan di semua bahagian utama Malakat Mall yang sihat dan tidak yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Iniasiatif ini juga ekoran peningkatan kes di Selangor termasuk kes-kes yang tidak bergejala.

“Pada masa yang sama saringan sukarela ini diharap dapat mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung kakitangan jika menjalani ujian sendiri,” katanya selepas menjalani ujian saringan RTK antigen di Malakat Mall hari ini.

Kakitangan Malakat Mall mendaftarkan diri untuk menjalani saringan Covid-19.

Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, usaha itu juga sebagai tanggungjawab pihak syarikat untuk memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan sihat semasa berurusan dengan pelanggan.

“Ini adalah usaha yang perlu kita lakukan. Bagaimanapun, keputusan yang diterima hari ini bukan satu jaminan tapi sekurang-kurangnya ia dapat mencegah penularan jika ada.

“Kita menyahut seruan kerajaan untuk melakukan saringan dengan harapan ia dapat mengekang dan mengesan penularan Covid-19. Insya-Allah,” katanya.

Ujian saringan Covid-19 yang disediakan secara percuma kepada kakitangan Malakat Mall.

Mohd Fadzil berkata, selain di Malakat Mall pihaknya juga akan melakukan ujian saringan kepada kira-kira 200 kakitangan Brainy Bunch kampus Cyberjaya esok.

“Untuk kakitangan terutama tenaga pengajar di Brainy Bunch, ini bukan ujian kali pertama kerana sebelum ini kita telah beberapa kali beri inisiatif ini.

“Ia bertujuan untuk melindungi warga sekolah dan tadika itu daripada kemungkinan berlaku jangkitan,”ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here