3 bulan gaji menteri, timbalan menteri dipotong untuk Tabung Covid-19 – Perdana Menteri

0
124
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Sebagai tanda sokongan kepada rakyat yang sedang mengalami pelbagai kesukaran akibat penularan wabak Covid-19, semua barisan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula bulan Jun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebentar tadi.

“Barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, keputusan untuk melaksanakan lockdown penuh itu adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat.

Katanya, samada lockdown yang akan dilaksanakan itu berjaya atau tidak semuanya terserah kepada rakyat secara keseluruhan serta ketentuan Ilahi.

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Saudara dan saudari dikehendaki duduk di rumah dan sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Jika saudara dan saudari gagal mematuhi arahan ini, maka kita semua akan gagal, na’uzubillah.,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus melawan Covid-19 dan berharap mereka terus tabah menghadapi cabaran dan dugaan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here