3,807 kes baharu hari ini dengan 17 kematian

0
36
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 3,807 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 444,484.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada hari ini juga terdapat 17 kematian direkodkan akibat Covid-19.

Statistik Kementerian Kesihatan

“Berdasarkan statistik, Selangor kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 1,149 kes, diikuti Sarawak (649), Kelantan (329) dan Kuala Lumpur (320).

“Semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini. Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis iaitu masing-masing tiga kes,” katanya di laman Facebook hari ini.

Berijut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,149 (144,419)

Sabah – 96 (58,953)

Johor – 257 (48,228)

WP KL – 320 (47,218)

Sarawak – 649 (35,809)

Pulau Pinang – 245 (22,146)

Negeri Sembilan – 144 (19,900)

Kelantan – 329 (17,430)

Perak – 119 (15,723)

Kedah – 224 (11,422)

Melaka – 88 (8,089)

Pahang – 77 (5,866)

Terengganu – 93 (4,941)

WP Labuan – 3 (2,488)

WP Putrajaya – 11 (1,471)

Perlis – 3 (381)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here