4 lagi rakyat Israel maut dibedil roket pejuang Hamas

0
2739
Keadaan di Tel Aviv sejurus serangan dilakukan oleh Hamas awal pagi tadi dan semalam

TEL AVIV – Empat lagi rakyat Israel yang tinggal di Tel Aviv maut dalam serangan roket oleh pejuang Palestin dari Gaza ke negara haram itu.

Memetik laporan media tempatan, dua yang terbunuh merupakan seorang lelaki berumur 40an dan seorang kanak-kanak, selepas roket yang dilancarkan mengenai kediaman mereka, pada lewat malam semalam.

Turut terbunuh dalam serangan oleh pejuang Palestin itu ialah seorang wanita berumur 50an dan seorang lelaki berumur 85 tahun.

Kedua-dua mereka mati ketika cuba mencari tempat perlidungan daripada serangan pejuang Palestin pada awal pagi tadi.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 46 rakyat Israel cedera dalam serangan itu, dua daripada mereka mengalami kecederaan parah.

Serangan berterusan oleh pejuang Palestin itu sejak lewat malam semalam menyebabkan siren kecemasan di Tel Aviv berbunyi secara berterusan.

Keadaan di Tel Aviv sejurus serangan dilakukan oleh Hamas awal pagi tadi dan semalam

Sejak awal pagi waktu tempatan, pejuang Palestin tidak henti-henti melancarkan serangan roket dengan menyasarkan kawasan tengah dan selatan Israel termasuk ibu negaranya, Tel Aviv dan Beersheba.

Sementara itu, sayap tentera Hamas, Bridget Izzadin al-Qasam mengaku bertanggungjawab melancarkan lebih 100 roket ke atas Tel Aviv dan 100 roket di Beersheba pada awal pagi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here