40 buah sekolah ditutup di Johor

0
120
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengarahkan penutupan 16 buah sekolah lagi di Johor berikutan penularan Covid-19 yang semakin berleluasa.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang diarahkan tutup di negeri ini kepada 40 setakat ini.

“Sejumlah 19 sekolah di negeri ini diberikan notis tutup sementara tiga arahan dikeluarkan semalam, manakala 16 lagi hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dalam satu kenyataan hari ini.

“Arahan itu telah dikeluarkan sendiri Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Ini adalah bagi membolehkan penilaian risiko, pengesanan kontak rapat serta proses disinfeksi dilakukan.

“Ia menjadikan sekolah yang ditutup di Johor setakat ini adalah 40 sekolah, manakala tiga lagi sekolah yang diarahkan tutup sementara, dibenarkan beroperasi hari ini selepas pemeriksaan lanjut Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya seperti yang dipetik oleh portal Malaysia Gazzete.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here