4,140 kes baharu Covid-19 hari ini

0
81
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 4,140 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif mencecah 466,330 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,507 kes.

“Selangor melaporkan kes tertinggi sebanyak 1,507 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 433 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 398 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (338 kes), Sarawak (324 kes), Kedah (239 kes), Negeri Sembilan (190 kes), Perak (182 kes), Terengganu (119 kes).

“Pahang (116 kes), Kelantan (109 kes), Melaka (97 kes), Sabah (60 kes) dan Putrajaya (23 kes),” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Dalam pada itu katanya, Labuan pula merekodkan tiga kes baharu manakala, sebanyak dua kes dilaporkan di Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here