4,855 kes baharu hari ini-KP Kesihatan

0
54
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,855 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu tersebut sekaligus menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 458,077 kes.

“Berdasarkan statistik, Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,783 kes, diikuti Kuala Lumpur 521 kes serta Sarawak dan Pulau Pinang dengan 395 kes.

“Hanya Perlis yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya di laman Facebokknya hari ini.

Berikut statistik kes baharu Covid-19 hari ini.

• Selangor – 1,783 (149,612)

• Sabah – 76 (59,149)

• Johor – 467 (49,427)

• WP KL – 521 (48,762)

• Sarawak – 395 (37,121)

• Pulau Pinang – 395 (22,987)

• Negeri Sembilan – 100 (20,248)

• Kelantan – 339 (18,387)

• Perak – 302 (16,337)

• Kedah – 193 (12,015)

• Melaka – 67 (8,345)

• Pahang – 56 (6,070)

• Terengganu – 148 (5,242)

• WP Labuan – 4 (2,501)

• WP Putrajaya – 9 (1,492)

• Perlis – 0 (382)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here