500 kenderaan cuba masuki Kelantan diarah berpatah balik

0
184
GAMBAR HIASAN

PASIR MAS – Lebih 500 kenderaan yang cuba memasuki sempadan Kelantan diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran rentas negeri.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, selain tidak memiliki surat kebenaran, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang hanya membawa surat rentas negeri tanpa pengesahan mana-mana balai polis, yang sengaja dilakukan dengan tujuan ingin mengaburi pihak berkuasa.

Shafien menambah, jumlah berkenaan direkodkan sepanjang tempoh 12 tengah malam sehingga 5.00 petang semalam di tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Bunut Susu, di Sekolah Kebangsaan Penggu, awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here