70 anak yatim, asnaf diraikan di Malakat Mall

0
105
Sebahagian anak-anak dari Dar Asnaf Al Fatih, Gombak memilih pakaian dan keperluan hari raya di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Tiada kata dapat menggambarkan kegembiraan kira-kira 70 anak yatim dan golongan asnaf dari Rumah Dar Asnaf Al-Fateh di Gombak yang menerima tajaan pakaian raya di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

Tajaan berupa sepersalinan pakaian raya itu ternyata menjadi hadiah yang cukup bernilai menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.

Walaupun sambutan Aidilfitri pada setiap tahun disambut tanpa ibu dan bapa di sisi, peluang memilih pakaian baharu sempena lebaran jelas menggembirakan anak-anak yatim berkenaan.

Sebahagian anak-anak dari Dar Asnaf Al Fateh, Gombak memilih pakaian dan keperluan hari raya di Malakat Mall.
Hanariah Mohd Sapawi

Penaja sumbangan, Hanariah Mohd Sapawi berkata, sumbangan yang diusahakan bersama beberapa orang rakannya itu berupa tajaan membeli pakaian raya di butik-butik jualan di Malakat Mall.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat menyantuni dan menceriakan golongan asnaf terutama anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan perhatian masyarakat terutama menjelang ketibaan Aidilfitri setiap tahun.

“Hari ini kami beri kebebasan kepada mereka untuk memilih baju Melayu, baju kurung, songkok dan tudung mengikut pilihan mereka.

“Alhamdulillah kami juga tumpang gembira melihat keterujaan mereka untuk menyambut Aidilfitri, walaupun ramai antara mereka yang tidak mempunyai keluarga,” katanya ketika ditemui di Malakat Mall hari ini.

Program turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain dan Pegawai Pembangunan Vendor Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria.

Hanariah berkata, selain peluang memilih pakaian, golongan asnaf yang dibawa menaiki bas dari Gombak itu juga dijamu dalam majlis berbuka puasa di Malakat Mall.

“Saya memilih pusat beli-belah ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Malakat Mall untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam.

“Insya-Allah jika diberi peluang, tahun depan kami akan teruskan program ini,” katanya.

Johani Ibrahim

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Pusat Aktiviti dan Komuniti Asnaf Al-Fatih, Johani Ibrahim berkata, tajaan itu merupakan yang pertama dan terakhir bagi tahun ini memandangkan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa esok.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak penganjur yang peka dan prihatin kepada nasib anak-anak asnaf kami.

“Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka dengan setimpal,” katanya.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada peserta program Pencetus Ummah berkata, Rumah Anak Yatim Dar Asnaf Al-Fateh merupakan pusat komuniti yang ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada golongan asnaf semoga mereka dapat membesar menjadi insan yang berjaya di masa depan.

Institut itu katanya memberi penekanan kepada pembentukan modal insan dan jati diri selain keperluan ukhrawi melalui proses pembelajaran dan pengajaran berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Sementara itu, PU johani turut menyatakan kekagumannya melihat pencapaian Malakat Mall sebagai sebuah pusat beli-belah yang dibangunkan oleh usahawan Islam.

“Ini kali pertama saya ke mari dan insya-Allah bukanlah yang terakhir.

“Saya selalu dengar mengenai Malakat Mall di media sosial kerana perjuangannya membangunkan ekonomi Islam. Jadi saya rasa umat Islam patut menyokong usaha ini,” katanya.

Sebahagian anak-anak dari Dar-Asnaf Al-Fateh, Gombak memilih pakaian dan keperluan hari raya di Malakat Mall.
Orang ramai yang mahu membuat sumbangan boleh menghubungi pihak pengurusan Dar-Asnaf Al-Fateh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here