80 peratus kakitangan awam dan 40 peratus kakitangan swasta akan bekerja dari rumah

0
75
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus daripada kakitangan awam akan bekerja dari rumah dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi sektor swasta pula, sebanyak 40 peratus pekerja akan bekerja dari rumah.

Ismail Sabri berkata, arahan berkenaan menyaksikan tujuh hingga lapan juta pekerja dari sektor kerajaan dan sektor awam tidak akan ke pejabat atau premis tempat kerja.

“Sektor yang yang terlibat dengan pelaksanaannya boleh merujuk kepada kementerian masing-masing dan bagi sektor swasta boleh rujuk kepada MITI.

“Kesemua peraturan baharu ini berkuatkuasa bermula 25 Mei ini,” katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, kapasiti pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus penumpang sahaja selain jumlah kekerapan turut dikurangkan.

“Jumlah penumpang pengangkutan awam seperti bas dan juga LRT akan dihadkan sebanyak 50 peratus, kekerapan juga akan dikurangkan seperti PKP 1.0 dahulu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here