Aksi United dan Liverpool ditangguh kerana rusuhan penyokong

0
65
Penyokong United memasuki padang sebelum perlawanan menentang Liverpool

CYBERJAYA – Pertembungan Manchester United dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam terpaksa ditangguhkan akibat rusuhan penyokong.

Penyokong kelab The Red Devils itu memecah masuk ke stadium Old Trafford dan dipercayai ada kaitan dengan bantahan terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer.

United dalam satu kenyataan memaklumkan, perlawanan menentang Liverpool ditunda kerana pertimbangan keselamatan susulan tunjuk perasaan yang diadakan itu.

“Setelah perbincangan antara polis, Liga Perdana, Majlis Trafford dan kelab, perlawanan kami menentang Liverpool ditunda kerana pertimbangan keselamatan susulan tunjuk perasaan yang diadakan.

“Perbincangan akan dilakukan dengan Liga Perdana bagi menentukan satu tarikh lain untuk perlawanan tersebut,” kata United dalam satu kenyataan selepas perlawanan dibatalkan.

Menurut laporan agensi, pihak berkuasa memaklumkan 200 penyokong menyerbu masuk ke dalam stadium sementara ratusan lagi mengadakan bantahan di luar stadium.

Untuk rekod, perlawanan UNited menentang Liverpool itu adalah merupakan kali pertama aksi EPL ditangguhkan gara-gara protes penyokong.

Protes berkenaan dipercayai berlaku susulan keputusan United, bersama lima kelab EPL lain, menyertai Liga Super Eropah bulan lalu sebelum semuanya menarik diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here