Aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan di kawasan PKP

0
73
Orang ramai perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter.

CYBERJAYA – Orang ramai di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukan aktiviti sukan dan rekreasi bermula hari ini selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pelaksanaan aktiviti tersebut.

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan terbuka dibenarkan tanpa sebarang sentuhan fizikal seperti aktiviti berjoging, berbasikal, senaman dan lain-lain dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, aktiviti itu juga perlu dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad dimana-mana kawasan dalam daerah sama yang tertakluk kepada arahan PKP yang sedang berkuat kuasa.

“Terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN yang telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan kementerian. Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan Covid-19. 

“Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here